home INFO MATI PUCUK Mati Pucuk dan Kencing Manis

Mati Pucuk dan Kencing Manis

Mati Pucuk Dan Diabetes

Tahukah anda bahawa lelaki yang menghidap kencing manis (diabetes) sering dikaitkan dengan masalah mati Pucuk  atau lemah tenaga batin?

Mati pucuk adalah satu keadaan di mana seseorang lelaki tidak berupaya untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi  untuk melakukan hubungan  seks . Salah satu sebab berlakunya perkara ini adalah disebabkan oleh masalah kencing manis ataupun diabetes.

Manakala, masalah kencing manis (diabetes) boleh berpunca dari faktor genetik ataupun dari amalan pamakanan yang tidak sihat seperti pengambilan gula yang tidak terkawal untuk jangkamasa yang panjang  di samping kurangnya melakukan senaman.

Kesannya, kerosakkan saraf dan saluran darah bolah berlaku dan secara tidak langsung ia akan menggangu sistem hormon dan pengaliran darah dalam badan. Kajian menunjukkan, lelaki yang menghidap diabetes berisiko 3 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat masalah mati pucuk berbanding dengan lelaki normal.

Kebiasaannya, lelaki yang mengalami mati pucuk akan merasa tertekan kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab seorang suami kepada pasangannya. Perasaan malu dan ego menjadikan situasi bertambah rumit kerana keengganan mengakui kelemahan diri akan menyebabkan pasangan menjadi tertekan seterusnya boleh menyebabkan pergolakan di dalam rumah tangga.

Oleh yang demikian, pencegahan dan rawatan untuk menanganinya perlu diutamakan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

1. Berjumpa doktor atau pengamal perubatan 

Ramai lelaki keberatan untuk membincangkan isu mati pucuk kepada doktor mereka. Tetapi jangan biarkan rasa malu dan ego menyebabkan anda terlepas daripada mendapat bantuan kerana satu komunikasi yang kecil boleh membuat satu perubahan yang besar buat diri anda.

Berterus terang dengan doktor anda apa yang sedang berlaku. Doktor anda akan mengenalpasti punca masalah mati pucuk anda seterusnya mengesyorkan ubat-ubatan atau rawatan lain yang perlu untuk mengatasi masalah anda.

• Berbincang dengan doktor apakah yang perlu anda lakukan untuk mengawal diabetes anda. Adakah anda telah mengambil langkah-langkah yang tepat dalam pengawalan diabetes anda?

• Berbincang dengan doktor tentang masalah kesihatan yang lain yang mungkin anda hidapi. Adalah biasa bagi orang yang mengalami diabetes mempunyai penyakit kronik yang lain yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah mati pucuk.

Pastikan ubat-ubatan anda. Tanya doktor anda samada ubat-ubatan yang sedang diambil boleh memburukkan lagi masalah pati pucuk, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan atau tekanan darah tinggi. Mungkin dengan membuat perubahan dalam pengambilan ubat-ubatan, ia boleh membantu mengurangkan masalah anda.

Faktor Psikologi – Kebimbangan dan stress boleh memburukkan lagi masalah mati pucuk. Oleh yang demikian, anda harus mencari seseorang yang mampu memberi nasihat tentang cara-cara untuk mengurangkan tahap stress anda.

 

2. Megamalkan gaya hidup yang baik

Berhenti merokok – Kandungan Nikotin di dalam tembakau akan menyempitkan saluran darah dan boleh membawa kepada atau memburukkan lagi masalah mati pucuk. Merokok juga boleh mengurangkan rembesan kimia Nitrit oksida (nitric oxide ), yang memberi isyarat kepada tubuh untuk pengaliran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar sukar untuk menegang.

Elakkan minuman keras – Alkohol akan merosakkan saluran darah dan memburukkan lagi masalah mati pucuk.

Mengawal tekanan atau emosi – Terdapat pelbagai cara untuk mengawal tekanan dengan mudah seperti mengawal kemarahan, teknik pernafasan, teknik relaksasi dan mendapatkan nasihat atau pandangan dari seseorang yang rapat dengan anda.

Senaman – Dengan senaman boleh meningkatkan aliran darah, meningkatkan mood dan  tenaga , dan seterusnya akan mengurangkan tekanan anda. Mulakan senaman yang mudah untuk permulaan seperti berjogging atau berjalan kaki setiap hari.

Tidur yang cukup – Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya pada waktu malam kerana semakin banyak bukti menunjukkan mereka yang tidak cukup tidur mengalami kurang syahwat dan dalam kebanyakkan kes, turut mengalami mati pucuk.

 

Mati Pucuk Dan Diabetes