home INFO MATI PUCUK Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk Akibat Tekanan Darah Tinggi

Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk Akibat Tekanan Darah Tinggi

Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk Akibat Tekanan Darah Tinggi

Label:

Zakar yang keras, kuat dan padat bergantung kepada aliran darah yang baik. Tekanan darah tinggi yang tidak disedari dan dikawal oleh lelaki dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan dan kerosakan pada aliran darah ke zakar anda.

Gangguan pada aliran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar kurang tegang dan zakar anda tidak mampu melakukan tusukan ke dalam faraj isteri.

Tekanan darah tinggi juga menyebabkan pelbagai masalah lain seperti masalah jantung yang juga mempunyai hubungkait dengan masalah zakar yang kurang tegang.

 

Buat Pemeriksaan Tekanan Darah

Apabila anda mengalami ereksi zakar lemah dan kurang mantap, adalah lebih baik anda berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mengetahui masalah anda. Anda tidak perlu memberitahu tentang masalah zakar anda yang kurang keras dan kurang tegang jika anda malu, tapi periksalah dahulu tekanan darah anda. Mungkin itu menjadi punca masalah zakar anda.

Anda mungkin merasakan tubuh anda sihat disebabkan gaya hidup anda yang aktif. Namun, apabila anda menjalani pemeriksaan kesihatan, anda mendapati tekanan darah anda tinggi.

Mungkin sebahagian daripada anda merasakan masalah ketegangan zakar ini adalah biasa berbanding masalah jantung. Namun kedua-dua masalah kesihatan ini berpunca daripada tekanan darah tinggi yang merisikokan anda mendapat serangan jantung atau stroke buat kali pertama dan terakhir. Ia sebenarnya boleh meragut nyawa anda.

Jika anda tidak risau kerana tidak mampu memuaskan isteri anda dengan zakar yang tegang, risaukanlah tentang risiko serangan jantung atau stroke.

Jika anda disahkan menghidap tekanan darah tinggi, segeralah melakukan perubahan ke atas gaya hidup anda. Masalah tekanan darah tinggi ini dapat diatasi dan anda tidak boleh berputus asa.

 

Nasihat Buat Anda Yang Mempunyai Ereksi Zakar Yang Keras, Kuat dan Padat

Anda mempunyai ereksi zakar yang keras, kuat dan padat secara nomal?  Zakar anda tegang ketika tidur?

Jika itu berlaku, pastikan situasi itu sentiasa berlaku. Jadikan ia sebagai satu daripada petunjuk kesihatan anda.

  • Kekalkan tekanan darah normal anda.
  • Teruskan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
  • Hindarkan merokok dan minuman beralkohol.
  • Kekalkan berat badan yang ideal.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

 

Ereksi zakar yang keras bergantung kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah yang banyak. Apabila perasaan seksual lelaki terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar. Namun, ereksi zakar yang keras mungkin tidak terjadi disebabkan aliran darah yang tidak sempurna. Tekanan darah tinggi mungkin menjadi punca ereksi zakar lemah atau mati pucuk.

 

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah dibaca dengan 2 angka bacaan iaitu angka sistolik dan distolik. Kedua-duanya berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud mengecut dan mengendur. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan mengendur.

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap yang sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung dan stroke.

Ereksi zakar lemah atau mati pucuk merupakan salah satu tanda atau simptom yang menunjukkan anda mungkin menghidap tekanan darah tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *