home INFO MATI PUCUK 5 Tanda Lelaki Mati Pucuk

5 Tanda Lelaki Mati Pucuk

5 Tanda Lelaki Mati Pucuk

Mati pucuk adalah salah satu disfungsi seksual yang umumnya merupakan masalah seksual yang menjadi ketakutan bagi para lelaki.
Secara umum mati pucuk disebut juga sebagai disfungsi erektil (DE) bagi sebahagian masyarakat umum.
Terdapat gejala tidak umum yang dirasa mengganggu aktiviti seksual maka dianggap sebuah gejala mati pucuk.
Walaupun ada juga yang sifatnya disfungsi erektil sementara, kerana berkaitan dengan faktor psikologi.
Misalnya suami tiba-tiba mati pucuk dengan pasangan kerana ternyata dia memendam rasa sakit hati terhadap pasangannya.
Namun apabila bersama dengan wanita lain, alat sulitnya masih berfungsi normal.
Adakah semua disfungsi harus dirawat dengan ubat-ubatan preskripsi doktor?
Ternyata tidak semua kes lemahnya kejantanan harus ditangani dengan ubat-ubatan.
Untuk kes Mati Pucuk (DE) berkaitan faktor psikologi, biarpun diberi ubat, namun jika punca masalahnya tidak dijumpai, maka hasilnya akan sia-sia.
Biasanya jika Mati Pucuk (DE) kerana faktor psikologi, jika punca masalahnya dijumpai, maka alat sulit laki-laki akan berfungsi normal lagi.
Tapi jarang kes Mati Pucuk (DE) yang anda dengar ternyata semudah itu tanpa berlandaskan bukti saintifik. Misalnya mengenai penyebab mati pucuk itu sendiri.
Namun anda boleh percaya dengan fakta yang akan dipaparkan berikut:
  • Kebiasaan merokok memberikan risiko terjadinya Mati Pucuk (DE) hingga 2,74 kali ganda berbanding bukan perokok (American Journal of Epidemiology, 2004)
  • Laki-laki yang kegemukan (obesiti) mempunyai peluang mengalami Mati Pucuk (DE) dalam umur 14 tahun, lebih besar 90% dibanding yang berat badannya normal (Journal of Urology, 2006)
  • Lebih kurang 18% lelaki Amerika berusia di atas 20 tahun mengalami Mati Pucuk (DE).
    Selain itu, kira-kira 51,3% pesakit Diabetes mellitus (kencing manis) di AS mengalami mati pucuk (American Journal of Medicine, 2007)
  • Sukan mengurangkan risiko terjadinya Mati Pucuk (DE).Misalnya sukan lari selama tiga jam setiap minggu atau bermain tenis selama lima jam per minggunya akan menurunkan risiko terjadinya Mati Pucuk (DE) hingga 30% (Annals of Internal Medicines, 2003)
  • Disfungsi ereksi dua kali ganda lebih banyak dijumpai pada orang yang mengalami kemurungan. Sebaliknya pada kumpulan pesakit yang mengalami Mati Pucuk (DE) kira-kira 82% mengalami kemurungan.