PDE-5 inhibitor untuk Rawat Ereksi Zakar

PDE-5 inhibitor untuk Rawat Ereksi Zakar

PDE5 Inhibitor sering digunakan untuk merawat masalah kegagalan ereksi zakar atau erectile dysfunction (ED). Ubat ini bertindak meluaskan saluran darah ke batang zakar melalui proses vasodilatasi.

Apabila ini berlaku, lebih banyak darah akan dipam ke batang zakar dan zakar akan menjadi tegang semula.

Ada tiga jenis PDE-5 inhibitor yang dijual di pasaran iaitu:

  1. Sildenafil (Viagra) dalam bentuk 50 mg dan 100mg.
  2. Vardenafil (Levitra) dalam bentuk 20 mg.
  3. Tadalafil (Cialis) dalam bentuk 10mg.

Ketiga-tiga jenis ubat ini boleh ditemui di pasaran tempatan. Bagaimanapun, sebelum membeli ubat ini, saudara perlu diperiksa serta memperoleh preskrepsi doktor terlebih dulu. Ini penting untuk memastikan saudara boleh mengambil ubat ini tanpa sebarang kemudaratan.

.

PDE-5 inhibitor untuk Rawat Ereksi Zakar

.

Saudara tidak dibenarkan mengambil PDE5 Inbitor jika pada masa sama, mengambil ubat dari jenis nitrates seperti GTN yang sering digunakan pesakit jantung.

Anda juga perlu berhati-hati dengan ubat PDE5 Inhibitor jika mengambil ubat merawat penyakit darah tinggi. Ini kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti tekanan darah rendah selain membawa kepada masalah pening.

Ketiga-tiga ubat ini mula memberi kesan selepas 30 minit diambil. Bagaimanapun, jangka hayat dalam badan bagi kumpulan ubat ini agak berlainan.

Viagra dan Levitra akan berada dalam badan selama empat jam sebelum dikumuh. Ini bermakna saudara boleh mendapat ereksi dan melakukan hubungan seks dalam tempoh itu.

Manakala Cialis akan berada dalam badan selama 36 jam. Sehubungan itu, pengambilan bagi setiap ubat adalah berbeza. Dos maksimum untuk Viagra dan Levitra adalah sebiji sehari manakala bagi Cialis sebiji untuk dua hari.

Saudara perlu juga berbincang dengan doktor untuk mengenalpasti pil manakah paling sesuai diambil.

Selain itu, ada beberapa perkara perlu diberi peringatan jika anda ingin mengamalkan ubat dari jenis PDE5 Inhibitor ini. Perkara itu ialah:

  • Pengambilan ubat PDE5 Inhibitor memerlukan stimulasi dan rangsangan fizikal untuk mendapat ereksi. Ini bermakna sekiranya tidak ada stimulasi fizikal seperti sentuhan, ciuman atau pelukan, saudara mungkin tidak akan mendapat ereksi walaupun selepas mengambil PDE5 Inhibitor.
  • PDE5 Inhibitor tidak akan memanjangkan tempoh ereksi atau memanjangkan masa persetubuhan. Ia hanya membantu mendapatkan kekerasan zakar yang diperlukan untuk penetrasi.
  • PDE5 Inhibitor tidak boleh menaikkan nafsu atau libido seseorang.
  • Perlu bersikap optimistik ketika mengambil PDE5 Inbibitor. Jika gagal mendapat ereksi dengan hanya satu dos PDE5 Inhibitor, bukan bermakna ia gagal untuk membantu saudara. Perlu dicuba sekurang kurangnya empat biji sebelum bertukar ke jenis lain.
  • Viagra dan Levitra memerlukan pengambilan makanan berlemak untuk membantu penyerapan.
  • PDE5 Inhibitor tidak akan membantu mengeraskan lagi zakar jika diambil lelaki yang tidak mempunyai masalah ED.

Ada beberapa kesan sampingan yang boleh dialami sekiranya saudara mengambil PDE5 inhibitor. Bagaimanapun, ia dalam peratusan rendah (antara dua hingga tiga peratus). Kesan sampingan pengambilan ubat ini adalah ringan, iaitu:

  • Sakit otot terutama pada bahagian belakang.
  • Rasa seperti mendapat selsema (flu like symptoms), contohnya hidung terumbat.
  • Sakit Kepala.
  • Muka terasa panas (facial flushing)
  • Sakit pada bahagian epigastrium.
Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
Berita Harian
 
 
                                                                 ———————————————————————-
 
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply