MATI PUCUK AKIBAT KURANG HORMON TESTOSTERON

Kekurangan Hormon Testosteron Seawal Usia 35 Tahun Punca Mati Pucuk

Label: punca mati pucuk, rawtan mati pucuk, kaitan hormon testosteron dan mati pucuk, zakar mati pucuk, penggantian hormon testosteron, hubungan seks, gangguan ereksi

 

 kurang testosteron punca mati pucuk

Shamshul Azree Samshir di dalam artikel beliau di Berita Harian menyatakan lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an akan mengalami masalah penurunan tenaga ‘qi’ (chi) pada organ ginjal, hati, otot ligamen dan sel otak.

Fakta itu terkandung dalam buku perubatan dalaman China kuno. Ketika zaman kegemilangan tamadun China dan India, ada didokumentasikan mengenai pengambilan buah zakar haiwan sebagai ubat penawar kepada penyakit pengurangan tenaga ‘qi’ ini.

Pada era perubatan moden, masalah ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone. Pada suatu masa dulu, sindrom ini juga dikenali sebagai andropause atau PADAM (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).

 

kurang testosteron punca mati pucuk

 

Lelaki sebenarnya tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

Akibat daripada penurunan hormon ini, akan berlaku perubahan dalam badan membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan; perasaan cepat marah; mood tidak menentu; tidak dapat menumpukan perhatian; gangguan tidur; emosi; sering keletihan dan rasa tidak bertenaga; tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan saja merasakan kemerosotan kualiti hidup berpunca masalah seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan. Malah mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

Kajian yang dikendalikan di tiga lokasi iaitu Petaling Jaya, Subang jaya dan Kelana jaya di Selangor menunjukkan masalah sindrom kekurangan hormon testosterone melanda sekurang-kurangnya 20 peratus lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Osteoporosis dan masalah keretakan tulang pinggul bukan saja berlaku pada kaum wanita, malah boleh melanda lelaki. Masalah ini berkait rapat dengan penurunan paras testosterone. Kajian menunjukkan 30 peratus daripada masalah keretakan tulang pinggul alami lelaki.

Sindrom metabolik pula merujuk kepada masalah yang mula melanda golongan lelaki di Malaysia. Penghidap sindrom ini adalah mereka yang dijangkiti kencing manis, darah tinggi, tahap kolesterol tinggi dan mempunyai perut buncit (ukur lilit pinggang 40 inci ke atas). Di Subang Jaya dan Kelana Jaya saja, satu pertiga daripada 1,046 lelaki yang ditemuduga dikesan menghidapi sindrom metabolik.

Sindrom metabolik adalah masalah kesihatan serius kerana pengidap akan mempunyai tiga kali peningkatan risiko mendapat penyakit jantung. Mereka yang mempunyai paras testosterone rendah pula akan mempunyai 2.25 risiko menghidapi sindrom metabolik.

Kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di Barat untuk menilai paras testosterone dan hubung kait dengan penyakit yang menyebabkan kematian mendapati kaum lelaki yang mempunyai paras testosterone terendah mempunyai 40 peratus risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat. Ini berbanding mereka yang mempunyai paras testosterone normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

Kesedaran mengenai sindrom kekurangan hormon testosterone perlu dipertingkatkan. Ini kerana masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah penggantian hormon testosterone (Testosterone Replacement Therapy). Penggantian hormon testosterone ini boleh dilakukan dengan cara sapuan gel, pengambilan tablet atau suntikan.

Disebabkan tanda masalah kekurangan hormon testosterone kurang menyerlah dan berlaku secara perlahan-lahan, individu yang mengesan tanda-tanda seperti yang dinyatakan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengukur paras testosterone.

 

———————————————————————-

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply