JANGAN MALU JIKA ANDA MATI PUCUK

JANGAN MALU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DAN NASIHAT TENTANG MATI PUCUK

Label: sebab mati pucuk, malu akibat mati pucuk, rawatan disfungsi erektil, cara merawat mati pucuk, zakar tak tegang, cegah mati pucuk, diabetes kolesterol darah tinggi penyakit jantung punca mati pucuk, masalah ketegangan zakar, zakar lembik

Amin, 35, merupakan eksekutif kanan sebuah agensi perhubungan awam di ibu kota. Selepas 10 tahun berkahwin dan dengan kehadiran dua anak, rumah tangga beliau ‘tidak seperti dulu lagi’.

 

Apakah sebabnya?

Amin ialah antara lelaki yang mengalami Disfungsi Erektil (ED) atau ‘mati pucuk’.

“Saya telah mencuba Viagra tetapi ia tidak memberi kesan,” Amin memberitahu pakar yang merawat beliau.

Mati pucuk yang dialami Amin menyebabkan beliau berasa hampa, kecewa, murung dan malu dan isterinya pula menganggap beliau sudah jemu dengannya, menurut pakar yang merawat Amin yang mahu dikenali hanya sebagai Dr Lee demi menjaga identiti sebenar Amin.

“Viagra mungkin hanya sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang lain. Tetapi ada cara lain untuk membantu mereka yang mengalami ED dan mereka ini janganlah putus harapan kerana ada kaedah lain yang boleh membantu mereka keluar dari masalah ini,” kata beliau.

“ED atau mati pucuk mengganggu kehidupan seks seorang lelaki dan menyebabkan dia boleh merasa teramat rendah diri,” kata Dr Lee.

.

JANGAN MALU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DAN NASIHAT TENTANG MATI PUCUK

.

APA ITU DISFUNGSI EREKTIL?

Seorang lelaki mengalami masalah ED atau mati pucuk bila dia gagal mendapatkan ketegangan zakar yang cukup baginya mengadakan hubungan seks.

Menurut Dr Lee, masalah ini boleh dialami oleh lelaki di semua peringkat usia tetapi begitu ketara bagi mereka yang sudah berumur kerana kumpulan ini boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol yang tinggi.

Keresahan yang melampau, stres yang tinggi serta kemurungan yang berpanjangan juga ialah antara faktor yang boleh menyebabkan mati pucuk. Keadaan ini juga boleh terjadi bila terdapat kecederaan pada saraf atau pengurangan bekalan darah ke zakar.

Sebab-sebab lain ialah surgeri dan kecederaan di kawasan pelvis serta juga masalah sistem saraf seperti penyakit Parkinson dan ‘multiple sclerosis’.

“Terdapat beberapa ubat yang jika diambil boleh menyebabkan masalah ini. Kalau anda mengalami masalah ketegangan (zakar) setelah mengambil sesuatu ubat, segeralah beritahu doktor anda kerana ini mungkin kesan sampingan daripada ubat itu,” kata Dr lee.

 

RAWATAN

Biasanya pada peringkat permulaan rawatan, doktor akan menasihatkan pesakit supaya mengubah gaya hidup mereka.

“Tukar gaya hidup seperti berhenti merokok, berhenti ambil dadah dan minum alkohol. Berhenti juga daripada mengambil ubat yang menyebabkan kesan sampingan yang boleh menimbulkan masalah ini.

“Ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra boleh membantu. Tetapi ubat-ubat ini tidak mempunyai kesan yang sama dalam semua orang. Bincang dengan doktor anda dahulu. Adalah penting untuk mengambil makanan yang sihat dan lakukan senaman yang secukupnya,” kata beliau.

Kaedah lain merawat mati pucuk ialah menggunakan alat vakum, suntikan ubat terus ke zakar serta juga surgeri untuk meletakkan implan ke dalam organ itu.

 

Bolehkah mati pucuk dicegah?

“Untuk mengurangkan mati pucuk, janganlah merokok, minum alkohol serta mengambil dadah. Cari ketenangan dan kurangkan stres,” kata Dr Lee.

 

SIKAP BUAT TIDAK TAHU

Menurut Dr Lee, ramai yang berpendapat jika Viagra tidak dapat membantu, maka mereka yang mati pucuk tidak dapat dibantu.

“Pendapat sebegitu tidak betul. Mereka yang mengalami ED boleh dibantu tetapi apa yang menyebabkan masalah ini berpanjangan ialah sikap buat tidak tahu pesakit itu sendiri.

“Mereka yang mati pucuk janganlah segan untuk meminta bantuan kerana terdapat beberapa kaedah yang boleh mebantu mereka,” katanya.

 

Sumber – Bernama

 

———————————————————————-

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply